Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tarikh baharu membabitkan tiga aksi Liga Super.
Tiga aksi yang dimaksudkan ialah aksi Sri Pahang FC-Kuching City FC, Kuching City-Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC-Negeri Sembilan FC.
Dua aksi Kuching City merupakan dua aksi liga yang ditunda pada 2 November 2024 dan 24 Januari 2025. Dua aksi ini ditunda susulan hujan lebat dan padang digenangi air di Temerloh, Pahang dan Kuching, Sarawak.
Susulan itu, aksi Tok Gajah dengan The Cats bakal diadakan di Temerloh pada 4 Mac. Waktu perlawanan turut ditukar daripada waktu petang ke waktu malam di mana ia diadakan pada jam 10.00 malam.
Satu lagi aksi Kuching City dengan Sang Kenari bakal diadakan pada 12 Mac ini di Kuching. Waktu perlawanan akan diadakan pada jam 9.15 malam.
Aksi membabitkan PDRM dan Negeri Sembilan pula diadakan pada 15 Mac 2025. Aksi tersebut diubah tarikh daripada tarikh sebelumnya iaitu 14 Februari 2025.
Ini kerana tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh aksi final pertama MFL Challenge Cup yang berlangsung pada 15 Februari 2025.
Waktu aksi PDRM-Negeri Sembilan turut ditukar daripada 8.15 malam kepada 10.00 malam.