Advertising
Mimpi Dion Cools Jadi Kenyataan
MakanBola
FA Malaysia

Detik impian yang diidamkan oleh kapten Harimau Malaya, Dion Cools kini akhirnya menjadi kenyataan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi watak penting skuad negara untuk mendapatkan pingat emas dan menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Beliau membantu skuad negara menewaskan Lubnan 1-0 dibantu oleh jaringan tunggal penyerang naturalisasi, Romel Morales.

Ad

Tonggak Buriram United ini memberitahu bahawa impiannya untuk menamatkan tempoh dua apabila tewas dua final bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Ad

“Saya bermain dua final sebelum ini bersama Harimau Malaya dan tewas. Saya tidak melihat situasi ini sebagai tekanan.

“Tahun ini, saya mahu mengecapi pingat emas dan menjulang trofi Pestabola Merdeka. Saya lihat ini sebagai perkara positif dan menjadikannya sebagai motivasi,” jelas Dion Cools.

Ad
Ad

Hasrat itu menjadi kenyataan apabila Harimau Malaya muncul juara di Bukit Jalil di hadapan puluhan ribu penyokong setia skuad negara.

Ad

Ujian berikutnya adalah untuk melihat aksi Malaysia menentang New Zealand pada bulan Oktober di laman lawan sebagai persediaan sebelum ke Piala AFF Mitshubishi Electric.