Misi Footgolf Malaysia ‘Tawan’ Asia Makin Hampir
UltraSukan
Footgolf Malaysia
Sponsors

Pasukan Footgolf Malaysia kini semakin hampir melunaskan misi untuk menawan pentas Asia.

Malaysia yang menghantar wakil bagi tiga kategori, Mens Open, Mens Seniors dan Womens Open mempamerkan persembahan positif untuk layak ke perlawanan akhir pada Jumaat.

Ad
Sponsors

Bagi kategori Mens Open, skuad negara mengekalkan rekod bersih tanpa kalah apabila menewaskan Korea 6-0, Jepun 5-2, Australia 5-1 dan China 5-3 bagi bergelar juara kumpulan.

Ad

Begitu juga dengan pasukan Men Seniors negara yang tampil garang untuk muncul juara kumpulan setelah menewaskan Jepun, Chinese Taipei dan juga China kesemuanya dengan keputusan 4-2.

Agak malang buat skuad negara bagi kategori Womens yang tewas 1-2 di tangan Jepun dalam aksi kedua namun masih layak selaku naib juara kumpulan setelah menumbangkan Korea dan Australia 2-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Bob Thiago (@bobthiago6)

Ad

Kejayaan ketiga-tiga pasukan negara mara ke perlawanan akhir ini memberi petanda bahawa Malaysia merupakan jaguh besar bagi sukan Footgolf dan dalam perjalanan untuk menawan Asia.

Ad

Pada perlawanan akhir nanti, ketiga-tiga pasukan negara ini bakal bertemu satu lagi jaguh di benua Asia, Jepun pada Jumaat, 27 September 2024 di The Els Club, Desaru.