Advertising
Skuad Footgolf Malaysia Dalam Misi Tawan Asia
UltraSukan
Footgolf Malaysia

Skuad Footgolf Malaysia kini dalam misi besar untuk menawan Asia.

Pasukan negara berjaya melakar kejutan apabila meloloskan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia pada Kejohanan Footgolf Piala Dunia Tahun 2023 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat.

Ad

Momentum cemerlang itu telah membantu pasukan Footgolf Malaysia yang kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran sejarah yang baru.

Ad

Kesungguhan tinggi dipamerkan oleh pasukan Footgolf Malaysia nekad untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam sukan ini turut mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.

Footgolf Piala Asia 2024 ini bakal berlangsung di The Els Club Desaru pada 23 hingga 27 September 2024 dan bakal menjadi medan pertembungan antara 6 negara yang aktif dalam sukan yang mencabar dan penuh teknikal ini iaitu Malaysia, Jepun, China, Chinese Taipei, Korea dan Australia.

Ad

Malaysia mahu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah, dan meletakkan sasaran untuk bergelar Juara Asia.

Ad

Tonggak berpengalaman Footgolf Malaysia, Hanif Miswan yakin dengan pengalaman yang dibawa ketika menyertai Piala Dunia di Orlando bakal mematangkan dirinya dan rakan sepasukan yang lain.

Ad

“Skuad kali ini menarik, adunan pemain berpengalaman di pentas antarabangsa dan mempunyai ranking yang tinggi di peringkat Dunia dan Asia.

“Selain Jepun dan China, ada juga pasukan berpengalaman seperti Australia yang merupakan tuan rumah untuk edisi Piala Asia terdahulu , Korea Selatan dan Chinese Taipei yang boleh disifatkan sebagai pendatang baharu dalam sukan ini.

Beliau juga melihat terdapat ruang dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk membantu Malaysia muncul juara.

“Peluang Malaysia seimbang dan InsyaAllah kita boleh melakukan kejutan menjadi juara,” ujar Hanif Miswan.

Kejohanan Footgolf Piala Asia ini akan mempertandingkan tiga kategori utama iaitu Men Open, Men Senior dan Women Open. Pasukan Footgolf Malaysia mensasarkan untuk menjuarai kesemua kategori yang ada sekaligus mencapai misi menawan Asia.