Misi Hidup Mati Sabah
UltraSukan
Sabah FA Women’s Team
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Sabah FC akan membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) musim 2024/25.

Sang Badak berjaya layak ke kejohanan tersebut apabila muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023. Meskipun begitu, ini hanya langkah awal buat Sabah jika ingin mara ke pusingan AWCL seterusnya.

Ad

Ini kerana Sabah harus melepasi cabaran dua lagi wakil Asia, APF Club (Nepal) dan FC Nasaf (Uzbekistan) dalam Kumpulan C. Hanya juara kumpulan yang boleh mara ke peringkat kumpulan AWCL.

Ad

Sang Badak membuka kempen Kumpulan C dengan menentang APF pada 28 Ogos. Ini disusuli dengan aksi menentang FC Nasaf pada 31 Ogos.

Sabah memiliki sedikit kelebihan kerana APF tewas 1-0 kepada Nasaf dalam aksi pertama kumpulan pada 25 Ogos. Justeru, anak buah Justin Ganai dijangka memanfaatkan kelebihan itu bila berentap dengan kelab Nepal berkenaan.

Ad

Kempen AWCL Sabah menyaksikan pasukan itu menerima sokongan beberapa pemain baru termasuk pemain import. Antara pemain import Sabah ialah dua pemain Jepun, Eri Narita dan Misaki Nakayama serta pemain Myanmar, Win Theingi Tun.

Ad

Sang Badak turut mendapat sokongan dua bintang Malayan Tigress iaitu Steffi Sarge Kaur dan Intan Serah Anisah Zulgafli. Kedua-duanya tiba secara pinjaman untuk membantu Sabah bersaing dalam AWCL.

Ad

Kapten dan tonggak import skuad Liga Super Sabah, Park Tae-su turut menyatakan sokongan kepada skuad wanita Sabah dalam bentuk tajaan menerusi jenamanya sendiri, PTS.

Sabah bakal mendapat sokongan penyokong bila turun berentap dengan APF di Stadium Likas pada 28 Ogos.