Advertisements
Misi Kim Pan-gon Berjaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Misi yang diusahakan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon berjaya selepas membantu Malaysia untuk pulang dengan pungutan mata.

Harimau Malaya mengharungi dua detik sukar selepas tewas di tangan Jordan dan Bahrain sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.

Pertemuan dengan pasukan ke-22 dunia FIFA , Korea Selatan menjadi misi hidup mati untuk layak ke pusingan berikutnya.

Perjuangan hebat diteruskan hingga saat akhir yang menyaksikan Harimau Malaya berjaya meraih gol saat akhir menerusi ledakan Romel Morales.

Hal ini membantu misi besar Pan-gon untuk tidak pulang ke tanah air tanpa sebarang mata.

Ketika sesi sidang media pra perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu menzahirkan keyakinannya untuk terus memperagakan aksi terbaik dan memburu kemenangan.

Beliau turut mahu pasukan negara untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata penting sekaligus membantu memperbaiki kedudukan negara.

Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan E dengan satu mata sementara Korea Selatan di tangga kedua dengan 5 mata selepas tiga perlawanan.

Aksi Malaysia dan Korea Selatan berakhir dengan keputusan seri 3-3 sekaligus memberikan motivasi terbaik menjelang sambungan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.