Mo Salah Hampiri Kelab Turkiye, Trabzonspor
MakanBola
Liverpool FC

Legenda Liverpool, Mohamed Salah semakin hampir memuktamadkan perpindahan ke kelab Turkiye, Trabzonspor.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano memaklumkan kem Salah dan kelab Super Lig itu telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan berkenaan.

Pemain sayap berusia 34 tahun itu akan menyertai Trabzonspor dengan kontrak selama dua tahun. Salah dijangka tiba di Turkiye pada Rabu untuk memuktamadkan perpindahan tersebut.

Khabar ini sekaligus menamatkan teka-teki tentang destinasi legenda Mesir itu selepas meninggalkan Anfield pada akhir musim lalu.

Sebelum memilih membawa haluan ke Turkiye, Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi atau Major League Soccer (MLS). Meskipun begitu, semua khabar angin tersebut dinafikan ejen beliau terutama ketika Piala Dunia 2026 berlangsung.

Sekiranya semua berjalan lancar, Salah bakal bekerjasama dengan beberapa bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL). Antaranya Andre Onana, John Lundstram, Paul Onuachu dan kapten, Stefan Savic.

Onana kembali menyertai Trabzonspor buat kali kedua secara pinjaman dari Manchester United. Lundstram pula kembali bersama kelab itu selepas menghabiskan tempoh semusim secara pinjaman bersama pendatang baru EPL, Hull City.

Onuachu dan Savic pula pernah bersama Southampton dan Manchester City.