Ads
Mohamadou Sumareh Buktikan Dirinya Masih Berbisa
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh membuktikan dirinya masih berbisa apabila kembali meledak buat JDT dalam aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Singapura pada Sabtu.

Advertisements

Pada aksi tersebut, Sumareh telah meledak satu gol pada minit ke-90 perlawanan sekali gus menghadiahkan kemenangan mutlak 3-0 buat JDT di Kallang Football Hub.

Advertisements

Dua lagi jaringan JDT telah dicetak oleh Nazmi Faiz pada minit ke-31 dan Jorge Obregon pada minit ke-58 perlawanan.

Advertisements
Advertisements

Ledakan Sumareh itu membuktikan dirinya masih lagi mempunyai bisa biarpun hanya merekodkan 12 minit permainan bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Persaingan sengit di posisi sayap kanan berkemungkinan menjadi faktor kurangnya minit permainan yang diterima oleh Sumareh yang perlu bersaing dengan Arif Aiman dan beberapa pemain lain.

Advertisements

Nama Sumareh sudah pasti menjadi ingatan peminat bola sepak Malaysia selepas mencipta sejarah menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia

Sehingga kini, Sumareh sudah merekodkan 31 penampilan bersama skuad Harimau Malaya serta sudah meledak 7 gol buat negara.

Advertisements

Dengan jaringan gol yang dihasilkan Sumareh bersama JDT itu, tidak mustahil beliau mampu mendapatkan minit permainan yang lebih bersama skuad kendalian Hector Bidoglio itu selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram