Advertising
“Momentum Kemenangan Negeri Sembilan Perlu Diteruskan” – Razman Roslan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan berpendapat momentum kemenangan yang diraih Negeri Sembilan FC baru-baru ini perlu diteruskan jika ingin mendaki kedudukan liga.

Negeri Sembilan akhirnya meraih kemenangan kedua dalam liga apabila menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ad

Selepas ketinggalan menerusi gol sendiri Aliyu Abubakar, Sang Rusa bangkit meraih tiga mata penuh menerusi Hein Htet Aung dan A. Selvan.

Ad

Razman melihat kemenangan ini seharusnya menjadi pendorong buat anak buah K. Nanthkumar untuk terus mendapatkan keputusan positif terutama di Paroi.

Ini kerana dengan baki lapan perlawanan yang perlu dihadapi mereka, inilah peluang untuk mereka memperbaiki kedudukan liga.

Ad

“Saya rasa apa yang ditampilkan pasukan Negeri Sembilan tempoh hari perlu dibawa ke pertemuan menentang pasukan Sabah FC kerana momentum itu sudah ada,” katanya semasa menjadi panel Nadi Bola.

Ad

“Mereka sudah pun buang perkara yang tak baik seperti badi di tempat sendiri. Mereka sudah menang dan mendapat tiga mata di tempat sendiri.

Ad

“(Momentum kemenangan) itu perlu diteruskan, semangat, komitmen dan persembahan yang sama perlu diteruskan serta cuba mengelak perkara yang tidak baik seperti kesilapan yang menghukum. Itu yang perlu ditampilkan Negeri Sembilan.”

Sang Rusa bakal berdepan finalis Piala Malaysia 2003, Sabah FC di Paroi pada 25 Januari. Negeri Sembilan berharap dapat menebus kekalahan 2-0 di tangan Sang Badak pada 25 Julai lalu.

Sabah meraih kemenangan di Stadium Likas menerusi gol Daniel Ting dan Jafri Firdaus Chew.