Moto3: Hakim Danish Bangkit Muncul Juara Di Czechia
UltraSukan
ZK Racing

Meskipun terpaksa bermula di petak ke-14, itu tidak menghalang pelumba Malaysia, Hakim Danish memenangi perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czechia.

Lebih menarik, pelumba Aeon Credit-MT Helmets-MSI itu menamatkan kemarau kemenangan 10 tahun Malaysia dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kelas sama.

Kali terakhir pencapaian itu dilakar menerusi Khairul Idham Pawi. Khairul Idham yang turut dikenali SuperKIP muncul juara di Jerman pada tahun 2016.

Hakim sebelum ini meraih kedudukan kedua dalam pusingan kelayakan kedua pada 20 Jun lalu. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya dikenakan penalti 12 tempat kerana menunggang secara perlahan,

Penalti tersebut dilihat bukan penghalang buat Hakim Danish sebagai perlumbaan bermula. Beberapa pusingan awal menyaksikan beliau sudah menduduki tempat kelima.

Hakim Danish terus mempamerkan tunggangan mantap sebelum memintas Ajo’s Brian Uriarte dari Red Bull KTM pada pusingan terakhir perlumbaan. Maximo Quilmes yang mewakili CFMoto Gaviota Aspar Team menduduki tempat ketiga.

Sebelum ini, nama Hakim Danish menjadi sebutan apabila meraih podium di Itali baru-baru ini.