Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak konsisten untuk terus mendahului Malaysian Futsal Premier League (MPFL) setelah menang besar ke atas Malaysian University (MUFT)
Ketika ini, skuad bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia ini selesa memimpin carta MPFL 2025 setelah merekodkan 7 kemenangan bersih dengan kali terakhir JDT membelasah Kedah 10 Mei lalu.
Barisan terbaik diturunkan oleh JDT dalam usaha merobek kubu lawan dengan Bruno Taffy menjadi taruhan manakala MUFT pula menampilkan Aizat Borhan di posisi penjaga gol pasukan.
Pemain import, Bruno Taffy menjadi watak cemerlang buat JDT apabila mencetak 4 jaringan di separuh masa pertama pada minit ke-3, 11, 15 dan 17 bagi memberi kelebihan untuk pelawat.
Selain itu, dua pemain kebangsaan iaitu Awalluddin Mat Nawi dan Syed Aizad masing-masing menjaringkan dua gol untuk pasukan Harimau Selatan ini melebarkan kedudukan ke atas MUFT.
Baki 4 lagi jaringan disumbangkan oleh Firdaus Ambiah, Abu Haniffa, Saad Abdul Sani serta gol sendiri penjaga gawang, Noraizat Borhan bagi melengkapkan pesta gol pasukan JDT di Shah Alam.
MUFT pula berjaya menjaringkan dua gol menerusi Bukhari Samsudi. Dan Harith Hazami namun jaringan daripada tuan rumah itu bagaimanapun gagal menghalang juara bertahan meraih 3 mata.
Aksi di Kompleks Sukan Shah Alam berakhir dengan keputusan 12-2 memihak JDT.