Muhammad Abu Khalil Arkitek Baharu Nakhon Pathom
MakanBola
Nakhon Pathom United FC
Sponsors

Pemain tengah Selangor, Muhammad Abu Khalil sah sertai kelab Liga Thailand, Nakhon Pathom.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi jelab berkenaan yang memperkenalkan Muhammad sebagai pemain baharu Nakhon Pathom.

Ad

”Kelab Nakhon Pathom United telah mencapai persetujuan untuk meminjam Muhammad Abu Khalil, pemain tengah berusia 19 tahun, dari Selangor FC,” umum pihak kelab.

Ad

Muhammad adalah pemain muda Selangor FC dan pernah berkelana ke Jepun sebelum ini apabila dipinjamkan selama 6 bulan ke FC Osaka pada Julai 2024 hingga Disember lalu.

Selain itu, Muhamad juga merupakan tonggak utama skuad bawah 19, 20 dan 23 tahun negara dan dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaya ke ASEAN Championship yang lalu.

Ad

Sebelum ini, seorang lagi pemain muda kebangsaan, Fergus Tierney turut diumumkan sebagai penyerang baharu Nakhon Pathom United dan telah pun turun beraksi dalam dua aksi lalu.

Ad

Nakhon Pathom ketika ini menghuni tangga ke-15 carta Thai League 1 dengan mengumpul 13 mata selepas 17 perlawanan dan akan bertemu Bangkok United pada Isnin hadapan.

Ad