Advertisement
Muhammad Khalil Bakal Sertai Nakhon Pathom?
Transfer
MakanBola
Selangor FC

Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil bakal berkelana lagi ke luar negara.

Portal SNE Sports melaporkan pemain tengah muda Selangor FC itu sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai kelab Thai League 1, Nakhon Pathom United secara pinjaman sehingga akhir musim 2024/25.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Muhammad bakal bersatu dengan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Fergus Tierney.

Ini kerana penyerang berusia 21 tahun itu turut menyertai The King Tigers secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga akhir musim ini.

Sebelum ini, Tierney beraksi dalam saingan Thai League 2 bersama Chonburi pada separuh pertama musim 2024/25.

Ini bukan kali pertama Muhammad mendapat perhatian kelab dari luar negara. Sebelum ini, kelab J3 League, FC Osaka turut mendapatkan beliau secara pinjaman selama enam bulan pada 2024.

Muhammad dijangka mengisi slot pemain import ASEAN bersama Tierney. Selain mereka, Nakhon Pathom turut memiliki Valdo, Lesley Ablorh, Taku Ito, Veljko Filipovic dan Amir Hossein Nemati sebagai tonggak import.

Nemati dan Tierney merupakan sebahagian daripada enam pemain baru yang dibawa jurulatih Nakhon Pathom, Thongchai Sukkoki dalam tetingkap kedua perpindahan liga.