“Muka Dia Emosi, Dua Tangan Tarik Lawan” – Mahali Jasuli
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli melihat tindakan yang dilakukan oleh barisan pertahanan skuad Malaysia B-23 sedikit beremosi ketika beraksi.

Beliau menjelaskan dalam sesi siaran langsung Astro Arena berkenaan keadaan perlawanan menentang Vietnam apabila anak buah Juan Torres tewas dengan keputusan 2-0.

Tindakan pertahanan muda negara, Ubaidullah Shamsul yang menarik lawan ketika cuba bertahan disifatkan sebagai beremosi dan akhirnya memakan diri.

Advertisements

“Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Mungkin penyerang itu melakukan tarikan tetapi kelebihan kepada pemain menyerang dalam situasi tersebut.”

“Kita lihat daripada mukanya dah beremosi, dua tangan terus dia tarik lawan.”

Gol kedua juga berpunca daripada kesilapan awal yang dilakukan oleh Ubaidullah yang akhirnya memberikan sepakan penalti kepada Vietnam B-23.

Advertisements

Razman Roslan pula merasakan tindakan kurang cermat yang dilakukan oleh barisan pertahanan merupakan satu kesilapan yang terlalu lemah.

“Di sini kesilapan pertama dilakukan kerana tiada komunikasi. Memasuki kotak penalti, di sini kesilapan yang bagi saya adalah satu kesilapan bodoh.”

“Sebagai pertahanan dia dah tahu bola berada pada pemain serangan Vietnam, apabila sedikit sahaja sentuhan, penyerang akan jatuh dan melakukan helah,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Mahali juga merasakan bahawa skuad muda negara memiliki jumlah pertahanan yang cukup ketika itu untuk bertahan dengan baik namun satu kesilapan menghukum pasukan.

Malaysia akan bertemu Kuwait bagi aksi terakhir Kumpulan D dengan misi sekurang-kurangnya meraih satu mata sebelum pulang ke tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram