Mukhairi Ajmal: Intensiti Latihan Malaysia Berubah Selepas Piala Asia
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal mengakui intensiti latihan pasukan Malaysia telah berubah selepas kejohanan Piala Asia yang lalu.

Malaysia kini dalam misi penting meraih kemenangan berharga dalam dua aksi berdepan Oman kelak bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2026.

Mukhairi Ajmal yang dipanggil memperkuatkan barisan tengah negara bersedia menyahut cabaran hebat pasukan Oman setelah sebelum ini turut dipanggil menyertai kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar.

Advertisements

“Saya memang nak berada dalam skuad ini untuk pergi ke Oman dan saya akan buat yang terbaik, tunjukkan apa yang saya ada. Ini juga perkara yang positif untuk pemain kebangsaan bawah 23 tahun kerana ramai yang turut dipanggil dan akan bantu persiapan kita untuk ke Qatar nanti.”

“Alhamdulillah kita dah mula awal tapi dari segi kecergasan ia memberi kesan kepada kita (pasukan kebangsaan) kerana saya baru ada 2 perlawanan persahabatan (bersama Selangor) dan mungkin disini akan ada perlawanan persahabatan.”

“Saya harap dapat sesuaikan diri dengan cepat kerana perlawanan semakin hampir dan saya harap kita berikan fokus dan beri kerjasama yang baik kepada jurulatih.” jelas Mukhairi.

Advertisements

Mukhairi Ajmal turut menekankan pentingnya fokus dalam latihan kali ini bagi melancarkan persiapan rapi Harimau Malaya memandangkan tiada aksi kompetitif buat majoriti pemain kebangsaan sejak tamatnya Piala Asia tempoh hari.

Malah pemain tengah ini turut bersetuju intensiti latihan Harimau Malaya semakin banyak berbeza berbanding dahulu dan beliau bersedia memberikan yang terbaik dalam memenuhi kehendak jurulatih Kim Pan-gon.

“Ini peluang terbaik kerana kita sudah menang dua perlawanan, apa yang jurulatih cakap memang betul dari segi kecergasan. Kita pun tak ada sebarang perlawanan ketika ini (musim belum bermula) jadi kita harus fokus dalam latihan.”

Advertisements

“Saya rasa banyak berbeza kerana kita sudah layak ke Piala Asia (Qatar). Apa yang saya lihat intensiti sangat berbeza, sangat laju. Jadi saya perlu perbaiki apa yang jurulatih mahukan dan apa kekurangan pada saya, InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik.” ujar beliau.

Malaysia akan menentang cabaran Oman sebanyak dua kali dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram