Mukhairi Ajmal: Setiap Perlawanan Ada Penalti, Kami Kecewa
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Mukhairi Ajmal mengakui kecewa kerana melihat pasukan itu kerap memberi penalti kepada pihak lawan.

Dua aksi awal Kumpulan D menyaksikan Uzbekistan dan Vietnam masing-masing mendapat satu sepakan penalti bila menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-0.

Cerita sama berulang dalam aksi terakhir Kumpulan D membabitkan Harimau Muda dan Kuwait semalam.

Advertisements

Skuad negara ditimpa malang apabila pemain tengah muda Umar Hakeem Suhar Rezwan menjatuhkan pemain Kuwait, Talal Al Qaisi dalam kotak penalti pada minit ke-54.

Itu membuka peluang kepada penyerang Al-Azraq, Salman Al Awadhi meletakkan pasukan itu di hadapan. Al Qaisi menggandakan kelebihan Kuwait pada minit ke-60.

Meskipun Harimau Muda merapatkan jurang menerusi rembatan kencang Haqimi Azim pada minit ke-63, itu sudah terlambat untuk menghalang skuad negara daripada tewas buat kali ketiga.

Advertisements

Mukhairi mengakui kesilapan pemain negara dalam kotak penalti sedikit sebanyak memberi kesan kepada moral pemain. Pada masa sama, beliau melihat semua pemain negara telah mencuba yang terbaik dalam perlawanan semalam.

“Saya tak tahu apa yang berlaku kepada pasukan kita. Setiap kali pasukan kita main, perkara ini (pemberian sepakan penalti) tak adillah (kepada pasukan).

“Sebab saya tak tahu setiap kali perlawanan (Malaysia B-23), mesti ada penalti. Dan kadang-kadang (disebabkan perkara itu), moral pemain merudum.

Advertisements

“Kita sudah berusaha tetapi bukan rezeki kita untuk menang perlawanan ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan semalam.

Kekalahan 2-1 di tangan Kuwait memastikan Harimau Muda menamatkan kempen Kumpulan D di tempat keempat.

Ini kali kedua Malaysia terkandas di peringkat kumpulan Piala Asia B-23 selepas mengalami perkara sama dalam edisi 2020. Pencapaian terbaik skuad negara ialah mara ke suku akhir Piala Asia B-23 edisi 2018.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram