Nafuzi Zain: Kelebihan Fizikal Woodland Mampu Perkemaskan Benteng Terengganu
Dunia
planetfootball.com
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan sah menandatangani pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodlands dengan kontrak setahun untuk memperkuatkan benteng pertahanan pasukan musim hadapan.

Menurut laporan daripada Terengganu FC, Nafuzi menyatakan bahawa kedatangan Woodlands bakal memberi kelebihan dari segi fizikal buat pasukan. Pada musim lepas, Terengganu dilihat menghadapi sedikit masalah dibahagian pertahanan terutamanya dalam perebutan bola udara.

Difahamkan, Nafuzi sebelum ini pernah punyai keinginan untuk mendapatkan Khidmat pemain kacukan England-Filipina itu. Namun, ketika itu Woodlands sudahpun menyertai pasukan dari Thailand, Ratchaburi Mitr Phol F.C.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia apabila sebelum ini beliau pernah menyertai pasukan juara Piala Malaysia 2021, KL City selama satu musim dan berjaya membuat 16 penampilan serta mengumpul dua gol.

Luke Woodland juga merupakan pemain kacukan England-Filipina dimana sebelum ini pada tahun 2013 hingga 2015, beliau pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Bolton Wanderers. Beliau pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan England Bawah 16 hingga 18.

Pasukan Terengganu dilihat berada di landasan terbaik dalam usaha melengkapkan sebuah pasukan yang digeruni musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram