Nafuzi Zain Terharu Dengan Pemain Kedah
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain terharu dengan sumbangan para pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Walaupun ada berita-berita yang kurang enak didengari di luar padang, namun kesungguhan pemain Kedah dan semangat juang tinggi yang dipamerkan wajar diberikan kredit.

Ad

“Apa yang pemain tunjukkan (aksi bertemu Perak) buatkan saya rasa terharu. Saya memahami keadaan pemain, keadaan pegawai.

Ad

“(Walaupun) sedemikian, untuk memberi satu keputusan kepada penyokong yang hadir menyokong, terlalu banyak pengorbanan yang kami perlu lakukan. Susah untuk kita membalasnya.

“Kita agak kecewa dengan kekalahan ini namun dari segi faktor-faktor lain, kita harus berbanggalah,” jelas Nafuzi seperti yang dikongsikan Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ad

Pada aksi semalam, dua jaringan daripada penyerang import Korea Selatan, Lee Tae-min memusnahkan harapan Kedah untuk mencatat kemenangan kedua dalam saingan Liga Super.

Ad

Walaupun sudah mencatatkan kemenangan pada aksi sulung menentang PDRM FC, Kedah kini masih lagi tiada mata selepas ditolak 3 mata oleh MFL susulan kegagalan kelab terbabit membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 dengan mereka turut dikenakan denda RM50,000.

Ad