“Nak Bercakap Kena Ada Pendidikan” – Safee Sali
Liga Super
Safee Sali
Advertisements

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menyifatkan penggantungan yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim bakal menjadi pengajaran berguna buat pemain bola sepak di Malaysia.

Beliau mengingatkan para pemain bola sepak profesional di Malaysia agar lebih matang dalam mengendalikan soalan yang diajukan oleh pihak media dan tidak mengabaikan senitiviti yang perlu dititikberatkan.

Katanya, sebagai seorang yang profesional, pemain haruslah memiliki etika tatkala berdepan media sekaligus menjadi aspek yang perlu diberi penekanan bagi proses pembangunan pemain di negara ini.

Advertisements

“Sebenarnya bagus juga apa yang berlaku, ini juga membuka mata semua pihak dan pemain bagaimana nak menghadapi media.”

“Dalam bola sepak, sebagai seorang pemain profesional mereka bukan hanya bermain tetapi apabila bercakap dengan media dan mengeluarkan kenyataan di media sosial mesti ada pendidikan. Perkara ini perlu ada dalam sistem pembangunan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Advertisements

Faisal telah pun menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya pada April lalu selepas perlawanan bertemu Sabah.

Pemain berusia 25 tahun itu dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Advertisements

Menurut kenyataan FAM, bintang sensasi yang mesra disapa Mickey ini dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).

Perkara ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April 2023.

Advertisements

Faisal digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023 namun hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023).

Penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram