Advertisement
Faisal Halim Digantung 4 Bulan
Liga Super
MakanBola
Azri/MakanBola

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menerima tamparan hebat apabila beliau digantung selama 4 bulan.

Menerusi satu kenyataan oleh pihak Selangor, pemain berusia 25 tahun itu akan digantung untuk beraksi selama 4 bulan berkuat kuas 25 Julai.

Bekas bintang Terengganu ini menerima padah susulan kenyataan media yang telah dibuat olehnya selepas menentang Sabah pada 27 April yang lalu.

Beliau dan juga wakil kelab telah hadir bertemu Jawatankuasa Tatatertib bagi sesi perbicaraan dan menerima keputusan ini.

Berdasarkan butiran yang dinyatakan, Faisal akan digantung selama satu bulan terlebih dahulu bermula 25 Julai hingga 28 Ogos.

Baki tiga bulan penggantungan lagi akan ditangguhkan dan perlu melihat kepada kelakukan pemain ini bermula 24 Ogos 2023 sehingga 24 Ogos 2024.

Bekas bintang Terengganu ini menjadi tunjang utama pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe apabila meledak 8 gol dan mencatat 7 bantuan gol.

Anak jati Pulau Pinang ini juga merupakan pemain paling banyak memperoleh minit permainan bersama The Red Giants iaitu sekitar 1421 minit.

Faisal secara rasmi tidak akan beraksi menentang JDT minggu ini termasuklah aksi Piala Malaysia berdepan PDRM FC.