“Nakhon Pathom Akan Terus Berjuang” – Fergus Tierney
MakanBola
Nakhon Pathom United
Sponsors

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney tetap yakin Nakhon Pathom United mampu kekal dalam saingan Thai League 1.

Keyakinan itu disuarakan penyerang berusia 21 tahun itu selepas The King Tigers menewaskan Uthai Thani 1-0 baru-baru ini.

Ad

Menariknya, gol kemenangan Nakhon Pathom dijaringkan oleh Tierney pada separuh masa kedua. Gol itu juga merupakan gol pertamanya bersama kelab Thailand itu.

Ad

Kemenangan ini menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan Nakhon Pathom sejak 9 Februari lalu.

“Nakhon Pathom akan terus berjuang,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

Sebaik hantaran itu dimuat naik, ramai pemain terutama pemain Harimau Malaya memberi galakan kepada beliau untuk terus mempamerkan prestasi baik bersama The King Tigers.

Ad

Antara pemain yang berbuat demikian ialah Paulo Josue dan Sergio Aguero. Rakan-rakan sepasukan seperti Muhammad Abu Khalil dan Amirhossein Nemati turut sependapat dengan Tierney.

Ad

Selepas ini, Nakhon Pathom bakal berdepan Muangthong United pada 30 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments