Advertising
Nama Faisal Halim Kembali Jadi Sebutan Di Asia
MakanBola
FA Malaysia

Nama pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi sebutan di Asia.

Ini selepas laman media sosial rasmi Piala Asia AFC memuat naik video jaringan pemain sayap berusia 27 tahun itu semasa menentang Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Ad

Selepas ketinggalan menerusi gol Jeong Woo-yeong pada separuh masa pertama, Faisal menjadi pencetus kebangkitan Harimau Malaya pada babak kedua.

Ad

Faisal berjaya memperdayakan dua bintang Ulsan HD, Kim Young-gwon dan Joo Hyeong-woo sebelum menyumbat gol pertama pasukan itu.

Harimau Malaya kemudiannya mendahului menerusi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pahlawan Taeguk menyangka telah meraih kemenangan menerusi gol dua bintang mereka, Lee Kang-in dan Son Heung-min.

Ad

Pada akhirnya, penyerang naturalisasi JDT, Romel Morales menceriakan kem Harimau Malaya dengan meledakkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.

Ad

Gol Faisal dalam aksi yang berlangsung pada 25 Januari 2024 itu turut dipilih sebagai gol terbaik Piala Asia 2023.

Ad

Video tersebut dijangka membakar semangat Harimau Malaya untuk memburu kelayakan ke Piala Asia buat kali kelima. Kempen tersebut bermula dengan menentang Nepal pada 25 Mac ini.