Nani Teruja Dengan Potensi Pemain Malaysia
MakanBola
UEFA

Legenda Manchester United, Nani teruja dengan potensi kualiti yang dimiliki pemain negara.

Pandangan itu dilontarkan beliau selepas menghadiri sesi perjumpaan dan ramah mesra dengan penyokong di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nani bukan asing dengan Malaysia kerana pernah menyertai jelajah pra-musim United pada 2009. Jelajah tersebut turut menyaksikan The Red Devils berdepan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan.

Legenda Portugal itu menyifatkan selepas 16 tahun, beliau melihat bola sepak Malaysia kini lebih maju.

“Saya ingat bermain di sini (Malaysia) bersama Manchester United menentang pasukan ini (Harimau Malaya). Aksinya cukup bagus dengan kedua-dua pasukan menjaringkan gol.

“Saya percaya ada (pemain) berkualiti di sini. Saya tak boleh beri pandangan tentang liga (Liga Super).

“Tapi negara (Malaysia) ini dengan warganya dan semua perkara cantik yang ada di sini, ia sesuatu yang bagus dimiliki negara ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Selain Manchester United, Nani pernah beraksi untuk Fenerbahce, Sporting Lisbon, Lazio, Valencia, Venezia, Adana Demirspor, Estrela Amadora dan Orlando City.

Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di Asia kerana pernah beraksi untuk Melbourne Victory selama semusim.