Natxo Insa Terlepas Aksi Menentang Nepal
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Sebelum ini, pemain tengah berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Buriram United.

Ad

Kecederaan tersebut menyebabkan Insa menjalani proses pemulihan individu bagi membolehkan beliau cepat pulih.

Ad

Walau bagaimanapun, Cklamovski memaklumkan bekas pemain tengah Celta Vigo itu terpaksa diketepikan untuk aksi menentang The Gorkhalis.

Ini kerana bekas pengendali FC Tokyo itu melihat itu dapat membantu Insa fokus untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Ad

“Beberapa hari lalu, saya ada sebut Natxo menjalani program pemulihan individu. Berdasarkan status fizikal terbaru selepas temu bual hari itu, kita terpaksa mengetepikan beliau,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Dan beliau juga tidak berlatih bersama kita. Ia tidak teruk, beliau menjalani proses pemulihan dan itu keputusan terbaik buat dirinya pada masa ini.”

Ad

Situasi ini menyaksikan Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Endrick dos Santos, Hector Hevel, Stuart Wilkin, Afiq Fazail dan Nooa Laine bakal bersaing merebut slot bahagian tengah Harimau Malaya.

Cklamovski bakal menurunkan barisan terbaik untuk menghadapi cabaran Nepal pada 25 Mac ini. Nepal dilihat mahu meneruskan momentum kemenangan selepas mengejutkan Singapura baru-baru ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments