Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin telah dipilih nagi menyertai kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026.
Kejohanan beprestij dunia itu akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
Nazmi mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun 2010 dan juga merupakan pengadil Malaysia pertama mengadili perlawanan AFC Champions League (ACL) yang mengunakan Video Assistant Referee (VAR) bagi akai berlangsung pada 20 September 2023 di Thailand melibatkan Buriram United menentang kelab China, Zhejiang FC.
Sepanjang tahun 2023 juga, Nazmi bersama dua orang pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah diberi peluang untuk mengadili enam perlawanan AFC Champions League yang mengunakan VAR.
Nazmi turut dijemput untuk mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023.
Satu lagi lembaran sejarah tercipta apabila Nazmi bersama dua pembantunya telah dipilih untuk mengadili perlawanan peringkat kumpulan, Iraq menentang Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan menentang Thailand.
Selain itu, Zairul juga telah dipilih sebagai Penolong Pengadil dua bagi perlawanan separuh akhir, Iran menentang Qatar.
Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), prestasi cemerlang Nazmi dan dua pembantunya telah mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC sekaligua membolehkan Nazmi dipilih secara merit sebagai ‘FIFA World Cup Candidate 2026’.
Nazmi telah dipilih untuk menyertai Kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ yang bakal diadakan bermula 25 hingga 29 Februari 2024 di Qatar.
Beliau juga akan terus diuji melalui beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC, termasuk perlawanan-perlawanan anjuran FIFA dan AFC sebagai syarat pemilihan secara merit ke Piala Dunia 2026.
Selaras dengan penetapan syarat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mana semua pengadil yang dilantik untuk perlawanan tertinggi AFC dan FIFA wajib memiliki lesen VAR, maka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memulakan usaha untuk memperoleh lesen pengadil VAR melalui program pintas latihan VAR.
Sebelum ini, Nazmi pernah diberi tanggungjawab untuk mengadili saingan di Piala Asia B-20 2023 di Uzbekistan pada Mac 2023 apabila beliau dipilih sebagai pengadil Final telah membolehkan Nazmi bersama dua pembantunya, Zairul dan Arif Shamil terpilih ke Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.