Negeri Sembilan ‘Bantai’ Real Mambau Tanpa Belas Kasihan
MakanBola
NSFC

Selepas tewas mengejut 1-0 kepada Putrajaya FC dalam aksi pra-musim sebelumnya, Negeri Sembilan FC bangkit melakar kemenangan 5-1 ke atas Real Mambau FC.

Skuad Rusa yang dibimbing penolong jurulatih, K. Nanthakumar tampil garang pada babak pertama.

Ad

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk membuka tirai jaringan menerusi N. Javabilaarivin.

Ad

Skuad Rusa terus memberi tekanan kepada tuan rumah tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Negeri Sembilan terus menggandakan serangan ke atas kubu tuan rumah.

Ad

Gawang Real Mambau bocor lagi menerusi Javabilaarivin pada minit ke-49. Dua minit selepas itu, giliran Hadin Azman mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

R. Aroon Kumar menambah derita tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-79. Hadin melengkapkan malam gemilang skuad Rusa dengan gol kelima pada minit ke-88.

Ad

Real Mambau meraih gol saguhati menerusi Mohd Hamizan. Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini memberi suntikan semangat kepada Negeri Sembilan untuk tampil lebih cemerlang dalam aksi pra-musim seterusnya.

Negeri Sembilan selepas ini bakal berhadapan dengan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi