Negeri Sembilan Cemerlang Kalahkan PDRM
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan terus memantapkan persiapan aksi Liga Super seterusnya dengan mengalahkan PDRM FC dalam aksi persahabatan di Stadium Mini Tampin.

Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan sebelum aksi liga bersambung pada 13 September.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan tuan rumah menurunkan semua pemain import termasuk Mika Junco dan Takumi Sasaki. Manakala PDRM turut menurunkan barisan pemain import mereka termasuk pemain tengah Jordan, Fadi Awad.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah berusaha mendapatkan kelebihan gol awal menerusi Mika, Sasaki dan Hein Htet Aung.

Ad

Ini menyebabkan barisan pertahanan The Cops bekerja keras menafikan asakan yang digerakkan tiga tonggak import skuad Rusa.

Penyokong Negeri Sembilan di Tampin ceria apabila Sasaki mencipta gol pertama buat tuan rumah pada minit ke-22.

Ad
Ad

Tersentak, PDRM yang dibimbing P. Maniam cuba mendapatkan gol penyamaan tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain. Ini membolehkan pemain lain mendapat minit permainan yang diperlukan.

Pertukaran pemain langsung tidak menjejaskan rentak Sang Rusa. Malah, Negeri Sembilan meledakkan gol kedua menerusi Mika pada minit ke-51.

Negeri Sembilan terus berusaha mendapatkan gol tambahan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini membantu skuad Rusa membalas dendam kekalahan di tangan lawan sama dalam aksi Liga Super yang berlangsung pada 11 Ogos lalu.

Ini merupakan aksi pemanas badan kedua buat PDRM selepas aksi menentang Palestin pada 31 Ogos lalu.

Kemenangan ini bakal menjadi pendorong Negeri Sembilan bila menentang Perak FC untuk aksi liga seterusnya pada 14 September. Manakala PDRM pula berdepan Sri Pahang FC pada 15 September.