Pihak Negeri Sembilan membuat satu kenyataan kelab mengenai insiden yang melibatkan pemain import, Mika Junco yang baru sahaja diragut semalam.
Kejadian tersebut terjadi di Kuala Lumpur dan pada ketika itu pemain berusia 31 tahun ini sedang bersiar-siar berseorangan diri.
Beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Laporan polis telahpun dibuat bagi memastikan tindakan lanjut segera diambil oleh pihak berkuasa.
“Dengan penuh rasa kesal, pihak kelab ingin mengesah-kan bahawa pemain Negeri Sembilan FC, Mika, telah menjadi mangsa ragut malam semalam seperti yang dilaporkan.
“Kejadian tersebut berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan ketika Itu Mika berseorangan. Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun bellau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.
Menurut Mika Junco, hanya rantai emas miliknya diragut oleh penjenayah tersebut.
Pihak kelab Negeri Sembilan memandang serius tentang insiden ini dan mahu pihak berkuasa dapat mengesan penjenayah tersebut.
“Negeri Sembilan FC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa ke muka pengadilan.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang telah memberikan sokongan kepada Mika dalam masa yang sukar ini,” memetik kenyataan daripada kelab Negeri Sembilan.
Mika Junco antara pemain import yang pertama menjadi mangsa jenayah selepas insiden yang terjadi kepada beberapa pemain bola sepak Malaysia sebelum ini.