Negeri Sembilan ‘Ikat’ Takumi Sasaki Lebih Lama
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Negeri Sembilan dan juga pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki dilaporkan bersetuju untuk terus bersama untuk satu musim lagi.

Sasaki menyertai skuad Jang pada permulaan musim ini dari kelab Jepun, Ehime dan telah mencetak 1 gol dan 3 bantuan jaringan dalam 15 penampilan untuk Negeri Sembilan musim ini.

Ad

Aksi lincah Sasaki membuatkan ramai peminat bola sepak tempatan kagum dan tertarik sehingga timbul khabar angin mengaitkan beliau dengan beberapa pasukan di Liga Super.

Ad

Walau bagaimanapun, respon pantas oleh pihak pengurusan Negeri Sembilan apabila menawarkan kontrak lanjutan buat Sasaki untuk kekal di Paroi sekurang-kurangnya satu musim lagi.

Menurut wartawan tempatan, T. Avineshwaran, bekas pemain Vegalta Sendai itu telah bersetuju dengan tawaran lanjutan kontrak dari Negeri Sembilan dan akan terus menyarung jersi skuad Jang.

Ad

“Perancang tengah dari Jepun, Takumi Sasaki akan kekal untuk satu musim lagi bersama Negeri Sembilan,” lapor T. Avineshwaran di laman X.

Ad

“Dia menandatangani lanjutan satu tahun dengan kelab itu (Negeri Sembilan),” kata Avineshwaran dalam ciapan yang sama.

Ad

Berita gembira ini sudah pasti menyuntik semangat pasukan kendalian K. Nanthakumar menjelang perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Terengganu pada Sabtu.

Negeri Sembilan bakal melayani kehadiran Terengganu di Paroi pada Sabtu ini sebelum berkunjung ke Gong Badak untuk aksi timbal balik pada 21 Disember hadapan.