Perlawanan malam ini menyaksikan Negeri Sembilan menamatkan perjalanan PDRM FC dengan lebih awal bagi saingan Piala Malaysia.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. PDRM turun dengan kelebihan satu jaringan selepas bangkit menewaskan Negeri Sembilan dalam aksi pertama tempoh hari.
Seawal lapan minit permainan, jaringan sendiri terhasil oleh pemain pertahanan PDRM, Ezrul Ashraf sekaligus Negeri Sembilan menyamakan kedudukan agregat jaringan.
Negeri Sembilan umenambah jaringan kedua pada minit ke-20 permainan, namun jaringan Jacque Faye dibatalkan kerana ofsaid.
Separuh masa pertama tamat, PDRM FC 0-1 Negeri Sembilan dengan agregat semasa 2-2.
Pada minit ke-53, Negeri Sembilan menambah jaringan kedua menerusi Hadin Azman yang bijak merembat masuk menewaskan penjaga gol PDRM, See Tian Kiat.
Pemain sayap lincah Negeri Sembilan, Anbualagan Selvan menghadiahkan gol ketiga pasukan pada minit ke-81 permainan dengan gerakan lincahnya menewaskan pertahanan dan penjaga gol PDRM.
Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, PDRM 0-3 Negeri Sembilan.
PDRM terpaksa akur tewas di laman sendiri sekaligus melenyapkan impian untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.