Negeri Sembilan Waspada Dengan Amukan Sabah
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Sponsors

Kapten Negeri Sembilan FC, Nasrullah Haniff Johan mahu pasukan itu tidak memandang enteng cabaran Sabah FC menjelang aksi terbaru Liga Super.

Sabah ibarat harimau luka selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Malaysia (Liga M). Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bukan saja terpaksa menelan kepahitan disingkirkan Terengganu FC dalam saingan Piala FA 2024.

Ad

Malah, pasukan yang diberi jolokan Sang Badak itu tewas 3-1 kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam perlawanan yang berlangsung pada 13 Julai lalu.

Ad

Sementara Negeri Sembilan pula masih segar daripada kejayaan meraih kemenangan pertama musim 2024/25. Skuad Rusa yang dibimbing Azzmi Aziz menewaskan Sri Pahang FC di Temerloh pada 13 Julai lalu.

Meskipun Negeri Sembilan menunjukkan prestasi baik, Nasrullah mahu rakan-rakan sepasukannya tidak memandang rendah cabaran skuad Badak.

Ad

Ini kerana pasukan itu dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk pemain kebangsaan. Ini ditambah dengan hakikat mereka beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Likas.

Ad

“Kita akan berwaspada dengan pasukan Sabah, dan sudah pasti apabila beraksi di laman sendiri mereka akan memburu kemenangan. Namun mengikut prestasi kami ketika ini, kami yakin kita akan mendapat mata di sana nanti,” katanya.

Ad

Negeri Sembilan bakal berentap dengan Sabah di Stadium Likas pada 25 Julai ini.