Nepal FA Muat Naik Gambar Dion Cools Bersama Belgium FA
MakanBola
Transfermarkt
Sponsors

Persatuan Bola Sepak Nepal (Nepal FA) dikesan tersilap memilih gambar tonggak Harimau Malaya, Dion Cools semasa beraksi untuk skuad Belgium Bawah 21 Tahun (B-21).

Gambar tersebut dimuat naik bagi mempromosikan dua aksi antarabangsa yang bakal dilalui The Gorkhalis pada Mac ini.

Ad

Anak buah Matt Ross bakal mengharungi aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura pada 21 Mac.

Ad

Ini disusuli aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 menentang Harimau Malaya pada 25 Mac. Kedua-dua perlawanan itu akan disiarkan di platform Action Sports HD buat penonton Nepal.

ba9b43be 9a08 4ac2 a2cd 1ff36708272a Nepal FA Muat Naik Gambar Dion Cools Bersama Belgium FA

Nepal FA memilih menaikkan foto tonggak Singapura, Hariss Haron dan Cools untuk mempromosikan dua aksi berkenaan.

Ad

Meskipun begitu, pengurusan badan induk itu membuat kesilapan dengan menggunakan foto Cools beraksi untuk Belgium B-21.

Ad

Sebaik menyedari kesilapan tersebut, Nepal FA memilih memadamkan hantaran tersebut di platform media sosial rasmi mereka.

Ad

Sebelum mewakili Malaysia pada 2021, Cools pernah beraksi untuk skuad Belgium B-21 sebanyak 18 kali dan menjaringkan empat gol.

Khidmat pemain pertahanan Buriram United itu dijangka ditagih Peter Cklamovski untuk mengetuai cabaran Harimau Malaya pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments