Netizen Indonesia Puji Kualiti Pengulas Malaysia, Aiman Roshizam
Asia Tenggara
Aiman Roshizam/Jordan FA
Advertisements

Nama pengulas terkenal Malaysia, Aiman Roshizam mula menjadi buah mulut para peminat bola sepak khususnya daripada Indonesia.

Aiman yang ditugaskan untuk mengulas aksi peringkat kumpulan Piala Asia Bawah 23 tahun di antara Indonesia dan Australia minggu lalu menerima maklum balas yang positif daripada para peminat Indonesia mengenai kualiti pengulasan beliau.

Menerusi satu hantaran di portal media Indonesia, BG News menyaksikan klip rangkuman pengulasan Aiman yang begitu puitis yang disunting dan dimasukkan ke dalam klip pertemuan Indonesia bertemu Jordan sehingga menarik minat ramai peminat dari negara jiran.

Advertisements

Video tersebut telah mendapat ratusan ribu tontonan, sekitar sepuluh ribu tanda suka dan rata-rata komen yang ditinggalkan berasa kagum serta berpuas hati mendengar kualiti pengulasan daripada pengulas Astro Arena itu.

Aiman turut dipuji kerana tetap bersemangat mengulas perlawanan yang bukan melibatkan negara kelahirannya seterusnya menyemarakkan perpaduan di antara dua negara serantau ini.

Advertisements

Pada aksi itu, Indonesia tampil garang untuk membelasah pasukan Jordan dengan keputusan 4-1 hasil dua jaringan Marselino Ferdinan dan satu gol masing-masing daripada Komang Teguh serta Witan Sulaeman untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Skuad muda Indonesia akan berdepan naib juara edisi lalu, Uzbekistan dalam aksi separuh akhir Piala Asia Bawah 23 tahun pada Isnin dan kemenangan bakal membawa skuad Garuda Muda ini ke perlawanan akhir serta Sukan Olimpik Paris 2024 secara automatik

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram