Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Dua pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner diserang oleh netizen Indonesia susulan aksi longlai ketika bertemu Libya semalam.

Kedua-dua pemain warisan ini dimasukkan pada separuh kedua setelah ketinggalan 1-0 kepada pasukan ke-120 dunia pada babak pertama.

Hasrat untuk melakar kebangkitan bagaimanapun terhalang apabila Libya meledak tiga gol lagi untuk melengkapkan kemenangan 4-0 berdepan pasukan ke-146 dunia itu.

Advertisements

Keadaan ini diburukkan apabila kesilapan oleh Jordi Amat yang memberikan dua gol kepada lawan mengundang padah.

Perkara yang sama turut berlaku kepada pemain kelab EPL, Hubner yang melakukan debut bersama Timnas Indonesia.

Advertisements

Cubaan pemain berusia 20 tahun ini untuk melakukan hantaran kepada Jordi Amat berjaya disambar oleh lawan untuk meledak gol ketiga pasukan.

Laman Instagram dua pemain hebat ini diserang oleh netizen Indonesia setelah Jordi melakukan beberapa kesilapan besar bertemu Iraq dan Filipina tempoh hari.

Advertisements

“Di kelab elit, di Timnas sulit.”

Copy of Untitled Design 5 Netizen Indonesia 'Serang' Jordi Amat & Justin Hubner

“Main elok-elok, sudah dinaturalisasi tetapi mengecewakan,” ungkap Dominic Asep di ruangan komen Instagram Hubner.

Advertisements

Sebelum ini, Sang Garuda telah tewas 5-1 di tangan Iraq sementara seri berdepan Filipina.

Anak didik Shin Tae-yong akan bertemu Libya sekali lagi dan berpeluang memperoleh tambahan mata FIFA sebelum aksi Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram