Dunia
Getty Images
Advertisements

Sewaktu Newcastle jatuh ke tangga 19 liga tanpa meraih sebarang kemenangan, semua peminat bola sepak menjangkakan pasukan tersebut akan bermain di Championship pada musim hadapan. Walaupun pada awal musim berita pengambil alihan kelab oleh konsortium Arab Saudi gagal dimeteraikan, perkara tersebut akhirnya direalisasikan pada 7 Oktober 2021.

Pemilik Baharu Newcastle United

Dibeli dengan harga £300 juta, konsortium Arab Saudi akhirnya sah menjadi pemilik baharu kelab Newcastle United. Waktu itu Newcastle sudah ‘tenat’ apabila terjerumus ke zon penyingkiran dan gagal menang sebarang perlawanan.

Advertisements

Newcastle kemudian muncul menjadi kelab paling kaya di dunia apabila memintas PSG dan Manchester City dengan kekayaan sekitar £320 bilion. Bagaimanapun Newcastle pada waktu itu perlu berjuang dengan apa yang mereka ada kerana sebarang urusan pembelian pemain hanya dibenarkan pada jendela perpindahan Januari 2022.

arab saui Newcastle United Pamer Kebangkitan Dibawah Kendalian Eddie Howe
Pemilik baharu Newcastle United

Berada dibulan Oktober dengan prestasi yang teruk, langkah pertama diambil kelab ialah mencari pengurus baharu. Pengurus mereka ketika itu ialah Steve Bruce yang akhirnya bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Newcastle secara persetujuan bersama.

Eddie Howe Diberi Kepercayaan

Advertisements

Beberapa nama pengurus hebat dikaitkan dengan Newcastle waktu itu seperti Unai Emery dan Antonio Conte. Namun Eddie Howe muncul menjadi pilihan Newcastle United dengan kontrak sehingga tahun 2024.

Perlawanan pertama Newcastle dibawah kendalian Eddie Howe ialah menentang Arsenal namun pengurus baharu tersebut tidak dibenarkan menyertai Newcastle setelah disahkan positif Covid-19. Arsenal mudah mengalahkan Newcastle dengan jaringan 2-0 walaupun ketika itu Newcastle sudah bermain dengan formasi berbeza iaitu 4-4-2 bersama pengurus baharu.

Eddie Howe Bersama Pemain Jonjo Shelvey

Eddie Howe bagaimanapun dibenarkan turut serta dalam perlawanan Newcastle United yang seterusnya menentang Norwich City yang berakhir seri 1-1. Newcastle berjaya meraih kemenangan pertama sewaktu menentang Burnley dengan jaringan tipis 1-0.

Advertisements

Pengurus Baharu, Taktikal Baharu

Bersama Steve Bruce, Newcastle gemar bermain dengan sistem bek bertiga seperti formasi 3-5-2. Ditambah dengan beberapa rentetan kekalahan, Newcastle kemudian tampil bermain lebih defensif. Namun setelah kedatangan Eddie Howe, Newcastle United mula bermain dengan formasi 4-4-2. Formasi yang sama digunakan Eddie Howe sewaktu bersama Bournemouth.

Bermain beberapa perlawanan dengan formasi 4-4-2, Eddie Howe melihat kelab itu masih bergelut untuk menjaringkan gol. Eddie Howe kemudiannya menukar formasi 4-4-2 kepada 4-3-3 sewaktu bertemu Liverpool. Walaupun tumpas perlawanan tersebut dan mengambil masa untuk meraih kemenangan seterusnya, Eddie Howe melihat formasi 4-3-3 adalah solusi buat Newcastle waktu itu.

Advertisements

Newcastle United Mula Berbelanja

Tiba bulan Januari, Newcastle mula mencari beberapa muka baharu setelah pemain sedia ada dilihat gagal memberi corak permainan yang diingini Eddie Howe. Dengan limpahan kekayaan ‘Pak Arab’, duit bukanlah satu masalah buat Newcastle. Namun situasi kelab yang berada di zon penyingkiran menyebabkan kelab sukar untuk menarik pemain-pemain bintang.

Pemain baharu Newcastle, Kieran Trippier

Tidak tergopoh-gopoh dalam berbelanja, Newcastle United mengambil jalan selamat dengan mendapatkan beberapa pemain yang dilihat sesuai dengan kehendak pengurus mereka. Antara pemain yang mereka inginkan ialah Sven Botman bagi memperbaiki benteng tengah pasukan namun kelab Lille enggan melepaskan pemain tersebut.

Tidak bergantung pada Botman sahaja, Newcastle akhirnya mendapatkan beberapa pemain baharu seperti:

  • Matt Target (LB) – pinjaman
  • Dan Burn (CB) – €15 juta
  • Kieran Trippier (RB) – €15 juta
  • Chris Wood (CF) – €30 juta
  • Bruno Guimaraes (DM) – €42.1 juta

Hampir €100 juta dilaburkan, tindakan Newcastle United dilihat membuahkan hasil apabila mereka menang 1-0 ke atas Leeds United. Newcastle mencatatkan 5 kemenangan yang seterusnya, sekali seri dan belum mengalami kekalahan. Kali terakhir mereka kalah dalam Premier League ialah sewaktu menentang Manchester City pada 19 Disember 2021 berdasarkan statistik Transfermarkt.

Melonjak Ke Tangga 14 Liga

Walaupun menang ke atas kelab yang boleh dikategorikan bukanlah kelab besar, namun ia menjadi pemangkin semangat buat para pemain Newcastle. Kini mereka berada di tangga ke 14 liga dengan kutipan mata sebanyak 31 mata.

Mereka bahkan keluar dari zon penyingkiran dengan kelebihan 10 mata. Walaupun liga masih belum tamat, Newcastle dilihat berjaya bangkit untuk terus kekal dan bersaing di Premier League.

Perancangan Musim Hadapan

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai Newcastle United namun jika mereka kekal di Premier League, sudah tentu kelab akan berbelanja lagi pada musim panas hadapan malah berkemungkinan juga lebih banyak dana yang akan mereka perolehi. Tidak mustahil jika beberapa nama besar akan menyertai mereka kelak.

Fokus Masa Kini

Baru saja menang ke atas Southampton, semangat pemain Newcastle pastinya berkobar-kobar namun perlawanan seterusnya ialah menentang Chelsea (13 Mac). Dengan kebarangkalian Newcastle menang ke atas Chelsea adalah tipis berdasarkan prestasi semasa Chelsea, mereka masih berpeluang untuk mengubah ramalan itu.

Ditambah lagi dengan situasi Chelsea terkena tempias daripada Abramovich yang dibekukan asetnya, apa sahaja boleh terjadi dan Newcastle United harus bijak memanfaatkan situasi tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram