Dunia
Getty Images
Advertisements

Kerajaan UK pada hari ini secara rasminya telah menyekat Roman Abramovich dan membekukan segala aset kepunyaan beliau di UK. Perkara ini menyebabkan kelabnya, Chelsea terjejas teruk ekoran segala urusan jual beli adalah dilarang.

Menurut kenyataan Fabrizio Romano, Chelsea dilarang melakukan sebarang urusan jual beli pemain malah penawaran kontrak baru serta penjualan barangan kelab (merchandise) turut tidak dibenarkan. Penjualan tiket perlawanan turut disekat dan hanya pemilik pas bermusim sahaja yang dibenarkan ke stadium.

Sekatan yang dilakukan sewaktu Abramovich masih lagi menjadi pemilik Chelsea menyebabkan beliau tidak dibenarkan menjual kelab Chelsea kepada sesiapa. Chelsea kini ibarat tergantung tak bertali ekoran masalah peperangan Rusia-Ukraine dan ekoran pemilik mereka merupakan warga Rusia dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia, UK turut mengenakan sekatan kepadanya.

Advertisements
chelsea UK Beku Aset Abramovich, Chelsea Turut Terpalit
Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara

Sebelum ini Abramovich sudah menyatakan hasrat ingin menjual kelab Chelsea malah sanggup melupakan semua hutang kelab kerana perasaan cinta akan kelab itu. Namun belum sempat beliau menjual kelab, UK sudah mengenakan sekatan kepadanya.

Ini turut menyebabkan para pemain yang tamat kontrak pada Jun ini tidak dibenarkan untuk menandatangani kontrak baharu.

Advertisements

Namun beberapa pemain seperti Andres Christensen, Cesar Azpilicueta dan juga Antonio Rudiger tiada sebarang masalah dalam menyertai mana-mana kelab baharu memandangkan kontrak mereka bakal tamat Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram