Nidzam Jamil Mahu Rapatkan Jurang Dengan JDT
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mahu melihat pasukan itu terus merapatkan jurang dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Hasrat itu diluahkan jurulatih berusia 44 tahun itu selepas melihat The Red Giants tewas 3-0 kepada pelawat di Stadium MBPJ pada 27 Oktober lalu.

Ad

Selepas tewas 6-1 di pentas final Piala FA 2024 kepada lawan sama, anak buah Nidzam berharap dapat membalas dendam kekalahan tersebut untuk aksi liga. Malangnya, gol Bergson da Silva dan Romel Morales memastikan hajat Selangor untuk membalas dendam musnah.

Ad

Nidzam mengakui wujud jurang antara Harimau Selatan dengan Selangor terutama dari segi jurang mata.

Jika pasukan itu mahu terus mencabar JDT sebagai pendahulu liga, The Red Giants perlu bekerja lebih keras untuk merapatkan jurang yang wujud antara kedua-dua pasukan.

Ad

“Tapi sudah tentu sebagai atlet, kita tak nak kalah. Sebagai atlet, sebagai orang sukan, sebagai jurulatih. Malah, pemain pun (bila) tengok air muka pun (sedih).

Ad

“Sebab kita nak rapatkan jurang dengan pendahulu (liga, JDT), macam itulah. Tapi sekali lagi, banyak kerja rumah kita di Selangor kena buat untuk dekat dengan mereka,” katanya.

Ad

Kekalahan ini menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 26 mata, lapan mata di belakang JDT.

Selangor kini mengalihkan fokus untuk aksi liga seterusnya menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman pada 2 November ini.

The Red Giants berharap dapat mengulangi kejayaan menewaskan Sang Kenari 1-0 dalam aksi kedua liga di Stadium MBPJ pada Mei lalu.