Nidzam Jamil Puas Raih 4 Mata Di Asia
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui gembira dengan permulaan baik pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Selepas dua perlawanan Kumpulan H, Merah Kuning mengutip empat mata selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Ad

Selepas diikat Muangthong United pada 19 September lalu, Selangor meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Dynamic Herb Cebu. Gol kemenangan disumbangkan oleh Yohandry Orozco.

Ad

Ini satu pencapaian yang baik bagi Selangor memandangkan ini kali pertama pasukan itu beraksi di Asia sejak musim 2016. Musim itu menyaksikan Merah Kuning bersaing dalam saingan Piala AFC.

Nidzam berharap dapat meneruskan momentum tersebut bagi membolehkan Selangor mencapai sasaran melepasi peringkat kumpulan.

Ad

“Kita rasa gembira dengan kemenangan ini. Saya fikir pada masa ini, kita sudah mengutip empat mata. Empat mata selepas dua perlawanan.

Ad

“Ini permulaan yang baik bagi kita selepas tujuh atau lapan tahun tidak menyertai pertandingan ini. Sudah tentu jangkaan tinggi tetapi sekali lagi, ini bola sepak.

Ad

“Pada akhirnya, mata lebih penting bukan hanya kepada para pemain tetapi untuk semua orang terutama penyokong. Saya fikir ini satu permulaan yang baik untuk kempen kali ini,” katanya.

Selangor kini di tangga kedua Kumpulan H dengan empat mata, dua mata di belakang pendahulu, Jeonbuk Hyundai Motors.

Walau bagaimanapun, kempen Merah Kuning sedikit terjejas apabila penolong Nidzam, Conor Nestor tidak lagi bersama pasukan. Ini selepas jurulatih Ireland itu bersetuju menerima tawaran kelab Kemboja, Boeung Ket.