Nidzam Jamil Puji Semangat Melawan Perak
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil memuji semangat juang yang ditunjukkan lawan mereka, Perak FC dalam aksi minggu keempat Liga Super.

Aksi terbaru liga menyaksikan kedua-dua pasukan berentap di Stadium MBPJ pada petang 23 Jun lalu. Merah Kuning mendahului menerusi dua gol yang disumbang Ronnie Fernandez.

Ad

Selangor kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa dibuang padang. Ini membolehkan The Bos Gaurus merapatkan jurang menerusi Nur Azfar Fikri Azhar.

Kelebihan 11 pemain yang dimiliki tidak dapat membantu Perak mencari gol penyamaan. Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Meskipun berjaya meraih tiga mata penuh, Nidzam memberi kredit kepada Perak terutama jurulatih, Yusri Che Lah. Ini kerana pasukan itu tetap berjuang memburu mata sehingga ke wisel penamat.

Ad

Ini dibuktikan dengan fakta Perak telah menjaringkan tujuh gol dalam lima perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024.

Ad

“Sudah tentulah macam saya cakap, bertahan itu bagus kan tetapi ini bola sepak. Anda perlu hormati Perak. Untuk maklumat, Perak telah menjaringkan gol, dia telah menjaringkan semua gol.

“Dia menjaringkan gol dengan Terengganu, dia menjaringkan gol dengan Kedah di gelanggang lawan. Kita sepatutnya lebih menghormati Perak,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Selangor berada di tangga kedua liga dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.