Aksi Liga Super minggu ke-4 menyaksikan Selangor menundukkan Perak di laman sendiri dengan keputusan 2-1.
Skuad kendalian Nidzam Jamil turun tanpa beberapa tonggak penting akibat kecederaan sementara Perak membariskan kesebelasan terbaik.
Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan rentak The Red Giants apabila mencetak gol awal dan memanfaatkan keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti Perak.
Peluang itu disudahkan dengan tenang oleh peledak berbisa, Ronnie Fernandez pada minit ke-23.
Tuan rumah menggandakan asakan apabila kealpaan benteng Selandang membuka ruang kepada sepakan penalti.
Ronnie Fernandez sekali lagi menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Ramadan Abd Hamid.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menggandakan asakan untuk menyerang kubu lawan dengan lebih rancak.
Anak didi Yusri Che Lah mendapat tonik kebangkitan apabila tandukan Azfar Fikri memastikan jaringan pertama Perak pada minit ke-79.
Tambahan masa 7 minit bagi aksi sengit ini tidak mengubah sebarang keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Selangor akan menentang Kuching City bagi aksi suku akhir Piala FA pada 29 Jun di laman sendiri manakala akan berehat panjang sebelum melayan kunjungan Penang pada 13 Julai 2024.