Ads
Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat
Liga Super
Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat.

Advertisements

Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta. 

Advertisements

Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan.

Advertisements
Advertisements

“Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat minit permainan yang banyak di Liga Malaysia dapat bermain di sini. 

“Aksi persahabatan ini juga membina keyakinan. Kita juga dapat mengekalkan mentaliti menang berterusan,” kata Nidzam Jamil selepas tamat sidang media perlawanan daripada Selangor FC. 

Advertisements

Tambahnya, beliau yakin Selangor berada dalam hahah prestasi terbaik untuk hadapi perlawanan berikutnya menjelang aksi pusingan awal Piala FA.

Bukan itu sahaja, Nidzam Jamil menganggap aksi persahabatan disini memberi manfaat kepada dirinya dan barisan kejurulatihan  untuk terus membawa pasukan ke tahap yang lebih baik. 

“Kita lihat persiapan di International Break ini beri manfaat kepada pemain-pemain muda kita, pemain yang tidak mendapat minit permainan yang banyak dan juga manfaat kepada saya serta barisan kejurulatihan,” katanya lagi. 

Advertisements

Selepas ini, Selangor akan bertemu Negeri Sembilan bagi aksi pusingan ke-16 saingan Piala FA pada 15 Jun 2024 ini jam 5.30 petang di Stadiuam MBPJ, Petaling Jaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram