Nik Akif Perkuat Penang Musim 2023
Dunia
Pecinta Bola Sepak Malaysia
Advertisements

Selepas Terengganu mengesahkan kontrak Nik Akif Syahiran tidak diperbaharui, pemain perancang skuad bawah 23 tahun negara itu tidak menunggu lama mendapat pasukan baru. Ini selepas Penang FC mengesahkan kelibatnya bakal memperkuat cabaran mereka menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.

Nik Akif merupakan sebahagian daripada 12 orang pemain yang tidak dikekalkan pengurusan Terengganu. Ini kerana dia banyak memanaskan bangku simpanan dan tidak dapat bersaing dengan trio import yang mengawal bahagian tengah skuad Penyu musim ini iaitu Manuel Ott, Habib Haroon dan Petrus Shitembi. Ironinya, Ott dan Shitembi juga tidak dikekalkan dengan Ott kemudiannya menyertai jurulatih Nafuzi Zain di Kedah.

Disebabkan Nik Akif banyak memanaskan bangku simpanan, pengurusan Terengganu membenarkan dia beraksi secara pinjaman dengan Kelantan United musim ini. Sebelum dipinjamkan ke Kelantan United, Penang FC, Sri Pahang dan Negeri Sembilan turut berminat mendapatkan Nik Akif tetapi tidak berhasil.

Advertisements

Skuad Harimau Kumbang sedang sibuk merombak semula pasukan selepas menunjukkan prestasi hambar dalam Liga Super musim ini. Ini selepas mereka melepaskan 14 pemain tempatan iaitu Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, Thivendaran, Gopi Rizqi, Tam Sheang Tsung, Azim Rahim, Jafri Firdaus Chew, Faizal Talib, Shukri Hamid, Azzizan Nordin, Ariff Ar-Rasyid, Syazwan Zaipol dan Daniel Ashraf.

Pengurusan Penang FC turut melepaskan awang import mereka musim ini iaitu Endrick Dos Santos Parafita, Lucas Espindola Da Silva, Christian Mangaron Rontini dan Anselmo Arruda Da Silva (Casagrade). Beberapa pemain sedang diintai Harimau Kumbang bagi memperkuat kesebelasan utama iaitu Curt Dizon (United City), Ousmane Fane (Morecambe), Danish Haziq (Perak) dan Faris Shah Rosli (Melaka United).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram