Azalinullah Kecewa Digugurkan Terengganu Selepas Dijanjikan Tempat
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Digugurkan selepas dijanjikan tempat di dalam pasukan, itulah yang berlaku kepada pemain tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias.

Azalinullah tidak terfikir mahu mencari kelab lain selepas diberitahu namanya ada dalam perancangan dan akan dikekalkan bagi musim baru Liga Malaysia, malah dia begitu teruja dengan prospek bermain di pentas Piala AFC buat pertama kali.

Namun, Azalinullah yang telah bersama Terengganu sejak 2019 terkejut apabila mendapat tahu dia merupakan salah seorang daripada 12 pemain yang dilepaskan pasukan itu melalui pengumuman dibuat di media sosial rasmi pasukan.

Advertisements

“Sebelum ini saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa nama saya antara pemain yang bakal dikekalkan dalam pasukan TFC musim depan.

“Jadi ada tiga tawaran yang saya terima daripada kelab lain sebelum ini terpaksa saya tolak dengan baik kerana hasrat saya mahu terus berbakti dengan negeri kelahiran selain mahu merasaikan pengalaman bermain di pentas Asia.

“Lagipun isteri saya baharu bersalin anak sulung, jadi saya tidak mahu berpisah kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.

Advertisements

“Bagaimanapun saya terkejut selepas nama saya diumumkan antara 12 pemain yang tiada dalam perancangan pasukan TFC musim depan, jika maklum awal saya boleh berbincang dengan kelab lain yang inginkan khidmat saya.

“Walaupun terkejut dan kecewa dengan keputusan pihak pengurusan yang membuat keputusan lewat, tapi saya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berharap satu hari nanti dapat kembali semula beraksi dengan negeri kelahiran,” kata pemain itu dipetik dari BH Sukan.

Selain Azalinullah, 11 pemain lain tidak disambung kontrak ialah Faisal Halim, Nik Akif Shahiran, Sharin Sapien, Shamirza Yusoff, Arif Anwar, Hafizal Alias serta empat pemain import iaitu Petrus Shitembi, Kipre Tchetche, Pape Diakite dan Kpah Sherman.

Advertisements

Pasukan itu telah melantik Tomislav Steinbruckner sebagai jurulatih baru menggantikan Nafuzi Zain yang akan mengemudi cabaran Kedah pada 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram