Ads
Nooa Laine Ikut Selangor Ke Jakarta, Persiapan Bersama Harimau Malaya Tertangguh
Harimau Malaya
Selangor FC

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine sah menyertai rombongan Selangor FC ke Jakarta, Indonesia hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun itu menjadi sebahagian daripada 26 pemain yang menyertai kem Harimau Malaya.

Advertisements

Dengan panggilan tersebut, Nooa menjadi satu-satunya wakil Merah Kuning dalam skuad kebangsaan. Sementara Samuel Somerville, Sharul Nazeem Zulpakar, Fazly Mazlan, Aliff Haiqal Lau dan Mukhairi Ajmal Mahadi diletakkan dalam senarai pemain yang bersedia.

Advertisements
Advertisements

Namun begitu, satu hantaran media sosial Selangor menarik perhatian penyokong Harimau Malaya hari ini. Ini kerana gambar Nooa dikesan menjadi sebahagian daripada rombongan Selangor ke Jakarta.

Sebaik perkara ini disedari oleh penyokong, ramai peminat tertanya-tanya mengapa beliau tidak menyertai kem Harimau Malaya ketika ini.

Advertisements

Difahamkan pemain kebangsaan yang mewakili Selangor dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hanya akan melapor diri pada Isnin ini. Ini kerana 1 Jun merupakan hari pertama kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Skuad Merah Kuning bertolak ke Indonesia kerana memenuhi jemputan pertandingan empat penjuru RCTI Premium Sports.

Selain Selangor, kejohanan itu turut disertai Sabah FC, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. Kejohanan ini bakal berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun ini.

Advertisements

Skuad negara bakal menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun sebelum disusuli perlawanan menentang Chinese Taipei pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram