Norza Zakaria Letak Jawatan
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.

Keputusan itu dinyatakan beliau dalam majlis penyerahan ganjaran RM125,000 kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Ad
Sponsors

Berita ini turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari menerusi satu hantaran di platform X.

Ad

Pengumuman yang dibuat Norza dilihat memenuhi janjinya untuk berundur sebagai Presiden BAM selepas tamat temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Sebelum ini, beliau menyatakan mahu berundur pada Disember 2023. Malah, Norza turut menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai calon penggantinya.

Ad

Walau bagaimanapun, Norza kemudiannya bersetuju untuk kekal sehingga tamat temasya Olimpik 2024 selepas dipujuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ad

Susulan itu, beliau mengumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam sebagai pemangku Presiden BAM berkuatkuasa pada 24 Ogos.

Ad

Subramaniam akan menggalas peranan itu sehingga pemilihan jawatankuasa tertinggi baru BAM pada tahun 2025.