NSDF Futsal Championship: Malaysia Bangkit ‘Ikat’ Afghanistan
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia membuka tirai kejohanan jemputan, NSDF Futsal Championship dengan keputusan seri setelah mengikat Afghanistan pada petang Ahad.

Malaysia yang turun berjersi hitam bermula garang dengan beberapa gerakan yang mampu mengancam kubu Afghanistan sejak hon permulaan dibunyikan bagi memburu jaringan awal.

skuad negara memperoleh beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi percubaan kapten, Abu Haniffa, Syed Aizad Daniel dan Saad Abdul Sani namun berjaya dinafikan penjaga gol lawan.

Advertisements

Ketika skuad negara rancak menyerang, Afghanistan mengambil kesempatan untuk menembusi gawang negara hasil percubaan Reza Hossein Poor yang menyambar hantaran jauh rakan sepasukan untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Anak-anak buah Rakphol Sainetngam terus memperkemas permainan bagi mencari gol penyamaan, namun kealpaan barisan pemain negara dihukum pemain Afghanistan, Mehram Ghulami yang tenang menolak mudah bola ke gawang negara pada minit ke-19.

Tamat separuh masa pertama, Afghanistan 2-0 Malaysia.

Advertisements

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia terus meningkatkan intensiti permainan dengan penguasaan bola jelas memihak skuad futsal negara.

Peluang terbaik negara menjaringkan gol hadir menerusi percubaan Harith Naim yang berjaya menolak bola ke gawang Afghanistan namun berjaya dikeluarkan oleh pemain lawan, Reza Hossein Poor di atas garisan.

Skuad negara berjaya merapatkan kedudukan hasil tendangan kencang Awalluddin Mat Nawi yang menewaskan penjaga gol lawan, Ali Reza Jafari dari jarak jauh.

Advertisements

Jaringan penyamaan yang dicari-cari akhirnya menjelma menerusi rembatan jarak dekat Harith Naim pada minit ke-33 untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Afghanistan yang menduduki ranking ke-53 kembali memimpin permainan sekali lagi menerusi Mehram Ghulami seminit sebelum tamat permainan

Ketika permainan seakan hampir memihak lawan, Awalluddin Mat Nawi muncul wira negara dengan gol penyamaan hasil ledakan kaki kiri yang mengecewakan pemain Afghanistan.

Advertisements

Tamat perlawanan, Afghanistan 3-3 Malaysia.

Aksi seterusnya, skuad negara akan bertemu tuan rumah, Thailand dalam perlawanan kedua pada Isnin dengan sepak mula dijadualkan jam 8.30 malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram