NSDF Futsal Championship: Thailand Muncul Juara ‘Hentam’ Australia 9-2
UltraSukan
Futsal Thailand
Advertisements

Skuad futsal Thailand muncul juara NSDF Futsal Championship 2024 selepas membelasah Australia 9-2 di pentas final hari ini.

Selepas tewas 4-3 kepada lawan sama di peringkat kumpulan beberapa hari lalu, Thailand yang dibimbing Miguel Rodrigo mahu membalas dendam sambil menggondol gelaran juara.

Manakala Australia pula berharap dapat melengkapkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan dengan gelaran juara.

Advertisements

Malangnya, hajat pasukan yang dibimbing Miles Downie itu musnah apabila Therdsak Charoenphong meletakkan Thailand di hadapan pada minit ketujuh.

Seminit selepas itu, Suphawut Thuenanklang melepaskan rembatan kencang yang menembusi gawang pasukan berkenaan.

Suphawut terus melebarkan kelebihan Thailand dengan menyudahkan hantaran Apiwat Chaemcharoen menewaskan penjaga gol, Aaron Yu pada minit ke-13.

Advertisements

Alongkorn Janphon menambah derita Australia dengan melambungkan bola melepasi Yu seminit selepas itu.

Panut Kittipanuwong menceriakan penyokong Thailand dengan meledakkan gol kelima pada minit ke-15. Keputusan 5-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Thailand semakin ghairah memburu gol tambahan. Ini memaksa Australia berusaha keras menyerap asakan tuan rumah.

Advertisements

Anak buah Downie berusaha menembusi gawang tuan rumah yang dikawal Arut Senbat tetapi tidak berhasil.

Mereka akhirnya mendapat gol pertama menerusi kapten, Shervin Keshavarz Adeli pada minit ke-25.

Keceriaan Australia tidak bertahan lama apabila Alongkorn kembali menambah jurang lima gol dengan gol keenam pada minit ke-31.

Advertisements

Australia berusaha merapatkan jurang menerusi gol kedua. Bagaimanapun, Panut terus memastikan Thailand makin selesa menerusi gol pada minit ke-26.

Suphawut mencipta hatrik dengan tenang menyempurnakan sepakan percuma untuk gol kelapan tuan rumah pada minit ke-27.

Attipong Munphilai melengkapkan malam gemilang Thailand dengan gol kesembilan pada minit ke-29. Keputusan 9-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan ini membantu persiapan Thailand menjelang kempen Piala Asia Futsal 2024 yang berlangsung pada bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram