Olimpik Paris: Aaron Chia-Wooi Yik Gah Ke Separuh Akhir, Lepasi Badi Regu India
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kejayaan ini dilakar bekas juara dunia 2022 itu dengan menamatkan badi tiga perlawanan dengan beregu lelaki utama India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Ad
Sponsors

Dari segi kelebihan ranking, kelebihan memihak juara French Open 2024 itu kerana memegang status sebagai beregu lelaki ketiga terbaik dunia.

Ad

Dan meskipun rekod pertemuan memihak kepada Aaron-Wooi Yik, tiga perlawanan sebelumnya memihak Rankireddy-Shetty. Ini termasuk aksi separuh akhir India Open 2024 membabitkan kedua-dua beregu.

Rankireddy-Shetty mudah mengetepikan cabaran Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 21-14, 21-15.

Ad

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu memberi saingan sengit dalam mendapatkan mata perlawanan. Pada satu ketika, kedua-duanya terikat pada kedudukan 10-10.

Ad

Walau bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Aaron-Wooi Yik membolehkan Rankireddy-Shetty mendahului pada kedudukan 17-12. Dan itu cukup untuk mereka meraih kemenangan 21-13.

Ad

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik berusaha untuk bangkit agar dapat mengheret perlawanan ke set penentuan. Pada satu ketika, kedua-dua beregu terikat pada kedudukan 10-10.

Beberapa kesilapan yang dilakukan Rankireddy-Shetty membolehkan Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-14. Keadaan ini menyebabkan perlawanan diheret ke set ketiga untuk menentukan pemenang.

Set ketiga menyaksikan kedua-dua regu menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam memburu kemenangan. Pada awalnya, Rankireddy-Shetty mendahului pada kedudukan 11-9.

Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar sebelum akhirnya meraih kemenangan set ketiga dengan keputusan 21-16. Kemenangan ini membolehkan mereka mengikut jejak beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang layak ke separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan sama ada regu nombor satu China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di peringkat separuh akhir.