Olimpik Paris: Jaguh Britain Sekat Kayuhan Nurul Izzah
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Sponsors

Jaguh berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Great Britain, Sophie Capewell.

Selepas berjaya mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita dengan catatan masa 10.719 saat (s), pelumba berusia 20 tahun itu perlu melepasi cabaran Capewell.

Ad
Sponsors

Jaguh berbasikal trek dari England itu tampil dengan motivasi hebat selepas memenangi acara pecut berpasukan bersama Emma Finucane dan Katy Marchant. Selain merangkul pingat emas, trio tersebut turut melakar rekod dunia iaitu 45.186 s.

Ad

Meskipun ini penampilan pertamanya di pentas Olimpik, pengalaman dan pencapaian Capewell tidak menggentarkan Nurul Izzah untuk bersaing dalam perlumbaan saringan keempat.

Sebaik saringan keempat bermula, pemenang pingat emas Piala Presiden 2 Siri Trek ASEAN itu berusaha menempatkan dirinya di kedudukan terbaik untuk mendahului pelumba trek Great Britain itu.

Ad

Walau bagaimanapun, pengalaman yang dimiliki Capewell membantunya memintas Nurul Izzah dengan catatan masa 10.886 s.

Ad

Nurul Izzah masih berpeluang layak ke pusingan 1/16 dengan syarat memenangi saringan repechage pusingan 1/32.

Ad