Ads
Olimpik Paris: Nurul Izzah Lepasi Kelayakan Pecut
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Jaguh berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri melepasi pusingan kelayakan acara pecut wanita Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

Selepas tersekat di pusingan pertama acara keirin wanita, pelumba berusia 20 tahun itu berharap dapat kembali bangkit untuk acara pecut wanita.

Advertisements

Nurul Izzah perlu mencipta catatan masa yang baik untuk berada dalam kelompok 24 pelumba terbaik acara pecut wanita.

Advertisements
Advertisements

Ini kerana hanya 24 daripada 30 pelumba saja yang akan meneruskan persaingan di pusingan 1/32. Sementara baki enam pelumba lagi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada acara berkenaan.

Dua pelumba iaitu Yuan Liying (China) dan Nicky Degrendele menarik diri daripada sesi kelayakan. Ini bermakna hanya 28 pelumba saja yang mengambil bahagian.

Advertisements

Lea Friedrich memegang rekod catatan masa terpantas Sukan Olimpik iaitu 10.310 saat (s) yang direkodkan dalam edisi 2020 di Tokyo, Jepun. Manakala Kelsey Mitchell pula memegang rekod dunia iaitu 10.154 s yang dilakar pada 2019.

Nurul Izzah yang keluar pada giliran ke-15 merekodkan catatan masa 10.719 s. Catatan itu sudah cukup untuk membawanya ke pusingan 1/32.

Advertisements

Pusingan kelayakan ini turut menyaksikan 10 pelumba pecut wanita mencipta rekod baik untuk rekod Olimpik mahupun rekod dunia. Ini termasuk Friedrich yang merekodkan catatan masa 10.029 saat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram